sumber: 9gag
Sabtu, 15 Mac 2014
Sabtu, 1 Mac 2014
Barbie Tidak Direka Ikut Tubuh Manusia
Hentikan niat menjadikan patung mainan Barbie sebagai idola kanak-kanak kerana ia tidak direka untuk tujuan itu. Dalam kenyataan Timbalan Presiden Unit Rekaan Barbie di Mattel, Kim Culmone, minggu lalu, patung mainan popular itu tidak direka mengikut bentuk tubuh manusia, tapi semata-mata memudahkan kanak-kanak perempuan menukar dan menggayakan pakaian padanya.
"Tubuh Barbie tidak pernah direka untuk menjadi realistik atau mempengaruhi kanak-kanak. Ia dihasilkan semata-mata untuk permainan khusus buat kanak-kanak perempuan," katanya.
Mattel tidak berhasrat mengubah bentuk tubuh Barbie kepada kadar realistik kerana pertama, kebanyakan ibu yang mengumpul Barbie akan menyerahkan koleksi pakaiannya kepada anak mereka. Jika saiz tubuh Barbie diubah, ini akan menggangu tradisi itu.
Kedua, kanak-kanak perempuan biasanya tidak membuat perbandingan tubuh mereka dengan Barbie. Bagi mereka, Barbie sekadar patung yang menjadi teman permainan mereka.
Malah, mereka menegaskan tiada kaitan kukuh antara patung Barbie dengan masalah berat badan dalam kalangan remaja.

Barbie I Can Be Doll Collection
Types of Barbies
dari kiri Steffie, Mbili, Kayla/Lea, Lara, Tango, Mackie, Teresa, Aphrodite, Goddes, Carnaval, Diva, Diedre
*untuk lebih maklumat klik Fashion Doll Guide, Barbie
Langgan:
Catatan (Atom)