Pages

Ahad, 26 Disember 2010

Ketelanjuran Cinta

Dulu kau katakan hanya mahu menjadi kawan, hanya mahu menjadi teman
Tapi daripada kawan dan teman kini kau sudah berpacaran
Bersama lelaki yang dulu kau katakan hanya menjadi bahan permainan, akan mudah kau melupakan
Kasih dan sayang membuatkan kau tidak mudah tuk melepaskan

Kerana janji dan rayu semua akan kau korbankan
Hatta jiwa dan raga sekalipun sanggup kau gadaikan
Kerana omong kosong si jonggos itu maruah kau menjadi taruhan
Akhirnya kau tersungkur dek hasutan syaitan

Gelodak nafsunya kau penuhi
Tanpa paksaan semua kau turuti
Tatkala syahwat menguasai diri
Kau tidak pasti apa yang bakal menanti

Tanpa pernah kau ambil peduli
Kini badanmu sudah semakin berisi
Kau tidak mampu menghalang ketentuan Ilahi
Kini kau mengandungkan anak sendiri

Sepertinya kau malu tuk berdepan dengan masyarakat
Sepertinya kau tidak mampu tuk menampung beban yang teramat berat
Sepertinya kau rasakan dunia telah kiamat
Sepertinya mahu saja kau menamatkan riwayat

Di tandas yang sempit, gelap dan hancing itu kau melahirkan
Sikecil itu kau rasakan hanyalah suatu beban
Lalu kau sumbatkan sikecil itu ke dalam lubang jamban
Tanpa belas ihsan kau biarkan sikecil itu mati kelemasan

Hei syaitan!!!
Syaitan bertopeng insan!!!

Tergamak kau berlaku sedemikian
Dimana letaknya sifat kemanusiaan
Tiadakah perasaan simpati dan empati?
Apakah otakmu itu diperbuat daripada tahi?