Lirikan mata bak singa lapar
Setiap yang terlintas bagai hendak disambar
Tanpa sedikitpun rasa gentar
Sepertinya kau ini pantang dicabar
Di simpang itu tempat berdebat
Daripada petang hingga malam memekat
Bual bicara perihal maksiat
Lupakah kau yang diatas sedang melihat
Pernahkah kau pikir berapa banyak masa yang kau buang
Tiadakah benda berfaedah tuk dilakukan pada masa terluang
Tidakkah mak bapak kau pernah melarang
Sepertinya kau ini anak yang terbuang
Membuat mata aku yang melihat berasa sakit
Melihat jumlah kau yang bukan sedikit
Yang hanya melagut di tembok konkrit
Mungkinnya menungu emas turun dari langit
Sedih melihat banga sendiri tersungkur
Bangsa lain maju bangsa sendiri mundur
Sampai malas aku hendak menegur
Bila di khabarkan sepertinya mahu bertempur
Kau pikir kaulah yang paling hebat
Kau pikir kaulah sang Jebat
Hei bangsat!
Kau tu hanyalah sekadar sampah masyarakat!
p/s; perihal remaja yang suka melepak pada tembok disimpang jalan~~
yang dewasa pun kadang-kadang sama juga