Pages

Ahad, 14 Mac 2010

Selfish

Bukan aku hendak bermegah atau berbanga
Tapi tanggungjawab mengatasi segala
Bukan aku hendak menghina atau menista
Tapi berpada-padalah demi segala

Hendak dijadikan sebuah cerita
Seorang cina bertanya arah mana
Mencari tempat tidak berjumpa
Tersesat dia berjumpa saya

Tempat dituju tidak ketemu
Melalui arah ini atau arah itu
Seraya aku bersoal tanya bersama seorang cina
Seorang tua muncul tidak semena

Kerana aku mahu satu kepastian
Seorang tua aku menyapa
Tapi reaksinya membuat aku terpana
Dia berlalu tanpa bersuara

Mungkin dia seorang tuli
Aku berbisik didalam hati
Aku biarkan seorang tua berlalu pergi dan duduk sendiri
Sambil memegang lenteng di tangan kiri

Seorang cina bantuan diberi
Hasil informasi yang aku beri walaupun aku sendiri tidak pasti
Pengalaman hidup mematangkan diri ini
Seorang cina berlalu dengan senang hati

Tanpa pernah aku menduga
Seorang tua telah bersuara
hei, kenapa kau bantu dia?”
biarkan saja dia mati disana

Aku berpaling sambil berkata
Orang susah ditolong bersama
Orang bertanya dijawab bersama
Tanpa prejudis dan syak wasangka

Seorang tua merenung penuh penyesalan
Sambil melontarkan satu pertanyaan
jikalau engkau ditempat mereka
adakah mereka berkeadaan serupa?”

Aku berlalu meninggalkan seorang tua terpinga
Malas menjawab soalan entah apa-apa
Kotak fikiranku pantas menebar
Mungkin itulah sifat seorang tua sebenar

Pentingkan diri sehingga mati
Tanpa peduli mata memerhati
Seorang tua di dalam dunianya sendiri
Sambil menghisap lenteng dijari

Di dalam perjalanan aku tertanya seorang diri
Masih adakah lagi manusia begini
Walau di dalam era globalisasi
Masih mementingkan diri sendiri

Alahai dunia mengapa begini
Serabut aku memikir sendiri
Biarlah ia berlalu pergi
Macamlah aku ambil peduli!!!