Pages

Sabtu, 15 Mac 2014

10 Gambar Bersejarah Yang Jarang Dijumpai

Berikut merupakan 10 antara gambar-gambar bersejarah tersebut...

sumber: 9gag

Sabtu, 1 Mac 2014

Barbie Tidak Direka Ikut Tubuh Manusia

  Hentikan niat menjadikan patung mainan Barbie sebagai idola kanak-kanak kerana ia tidak direka untuk tujuan itu. Dalam kenyataan Timbalan Presiden Unit Rekaan Barbie di Mattel, Kim Culmone, minggu lalu, patung mainan popular itu tidak direka mengikut bentuk tubuh manusia, tapi semata-mata memudahkan kanak-kanak perempuan menukar dan menggayakan pakaian padanya.

  "Tubuh Barbie tidak pernah direka untuk menjadi realistik atau mempengaruhi kanak-kanak. Ia dihasilkan semata-mata untuk permainan khusus buat kanak-kanak perempuan," katanya.

  Mattel tidak berhasrat mengubah bentuk tubuh Barbie kepada kadar realistik kerana pertama, kebanyakan ibu yang mengumpul Barbie akan menyerahkan koleksi pakaiannya kepada anak mereka. Jika saiz tubuh Barbie diubah, ini akan menggangu tradisi itu.

  Kedua, kanak-kanak perempuan biasanya tidak membuat perbandingan tubuh mereka dengan Barbie. Bagi mereka, Barbie sekadar patung yang menjadi teman permainan mereka.

  Malah, mereka menegaskan tiada kaitan kukuh antara patung Barbie dengan masalah berat badan dalam kalangan remaja.

Barbie I Can Be Doll Collection


  Types of Barbies 
dari kiri Steffie, Mbili, Kayla/Lea, Lara, Tango, Mackie, Teresa, Aphrodite, Goddes, Carnaval, Diva, Diedre


*untuk lebih maklumat klik Fashion Doll Guide, Barbie

Isnin, 17 Februari 2014

Gol Terpantas Oleh Pemain Gantian (EPL)

Gol terpantas oleh pemain gantian di dalam saingan EPL telah dicatatkan oleh Nicklas Bendtner dengan catatan masa 1.8saat pada tahun 2007.

Rekod ini terhasil ketika Arsenal menentang Tottenham Hotspur (Nicklas Bendtner mewakili Arsenal) pada 22 Disember 2007



Sabtu, 15 Februari 2014

PS2 tiru Atari?

Rekabentuk konsol video game PS2 sebenarnya diambil dari bentuk design konsol video game Atari Falcon 030 MicroBox yang dikeluarkan pada 1992. Sony beli paten design dari Atari ketika syarikat Atari hampir bankrap.