Pages

Khamis, 26 Januari 2012

Rayuku

Andai kata kau dan aku kan kekal sentiasa
Akanku binakan kau sebuah istana
Yang tidaklah mewah tapi lengkap segala
Sebagai tanda cintaku yang tiada tara

Kau dan aku memang serasi
Tiada yang mampu memisahkan kita selain daripada mati
Tetapi itu dulu sebelum kau berubah hati
Kini kau tiada lagi disisi

Sanggup kau mungkiri janji yang telah dipatri
Sepertinya mudah tuk kau melupai
Segala janji-janji itu kau tolak ketepi
Sepertinya semua itu langsung tiada erti

Tergamak kau meninggalkanku sendiri
Tergamak hati ini kau lukai
Apakah salahku kau jadi begini?
Sehingga tiada lagi perasaan cinta di hati?

Jangan dipersoal segala kejujuran
Kerana diriku ini bukan taruhan
Jangan memaksa aku tuk melakukan
Kerana diriku ini juga punya tahap kesabaran

Percayalah padaku walaupun sekali
Khabarkan padaku apa yang tidak dimengerti
Segala permintaan akan cuba ku turuti
Agar kembali jernih yang telah keruh kini

Mungkin aku tidak seperti dulu
Aku berubah hanya kerana kamu
Walaupun kelakuanku menjengkelkan kamu
Tapi percayalah, hanya seorang yang aku cintai iaitu kamu.